Thursday, December 29, 2011

Islamkah Kita?

Apakah tujuan kita di dunia ini? Kita adalah makhluk ALLAH SWT yang diciptakan untuk beribadah dan menyembahNYA dan tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan redhaNYA dan syurgaNYA...

Namun perlu ingat bahawa semua amalan akan ditolak melainkan kita ISLAM! Apakah petanda yang menunjukkan islamnya kita? Adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah? solat kita?

Islam bermaksud, penyerahan diri kepada ALLAH SWT dan dalam erti kata lain, kita dengan yakin tunduk dan mengakui hanya ALLAH SWT yang berkuasa ke atas segalanya dan hanya kepada DIA, kita berserah diri tetapi adakah benar kita menyerahkan diri kepada ALLAH SWT sedangkan segala laranganNYA dan suruhanNYA, kita tinggalkan? Islamkah kita apabila kita menolak isi Al-Quran & hadis? Kemudian kita terima budaya kafir yang diantaranya, cara berpakaian dan undang2 yang tidak selari dengan tuntutan syariat dan apabila kita sebagai orang2 Islam hanya memerhatikan sahaja saudara2 Islam kita yang lain, dimalukan dan dihancurkan oleh kaum kafir!

Lihatlah, betapa lemahnya umat Islam sekarang gara2 hilangnya semangat dan rasa bangga sebagai seorang Islam!

Saidina Umar pernah berkata, 'Islam datang untuk memuliakan & mengangkat martabat kita, lalu adakah kita malu untuk bangga & merasa mulia dengan Islam yang ada pada kita?'...

Islam bukanlah hanya satu prinsip kepercayaan tetapi sebaliknya, ia adalah satu cara hidup yang wajib diamalkan kerana Islam datang di dalam keadaan yang serba lengkap cuma kita sahaja yang memandang Islam itu kurang kerana terpengaruh dengan budaya kafir...

Apakah kita mahu ke neraka bersama sama dengan orang2 kafir dan ingkar? Pastinya tidak, maka marilah kita bersama sama bangkitkan semula semangat Islam sebagaimana Rasulullah dan para sahabat agar Islam tersebar serta dihormati seluruh umat manusia di muka bumi ini...

Tuesday, December 27, 2011

Berkat Membaca BISMILLAH...

Seorang perempuan tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca BISMILLAH setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu, sentiasa didahulukan dengan membaca kalimah ALLAH itu, suaminya asyik mengejek 'asyik2 bismillah, sekejap2 bismillah'...

Isterinya tidak berkata apa2 dan sebaliknya beliau berdoa kepada ALLAH SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya dan suaminya berkata di dalam hati, 'suatu hari nanti aku akan buat kamu kecewa dengan bacaanmu itu' dan untuk membuat sesuatu, dia telah memberikan isterinya duit yang banyak, katanya 'simpanlah duit ini', isterinya mengambil duit itu dan disimpannya di tempat yang selamat sambil diperhatikan si suami. Dalam diam, suami telah mengambil duit tersebut dan menyimpannya di tempat yang lain...

Setelah beberapa hari, suami memanggil isteri dan berkata 'berikan padaku duit yang kau simpan', isteri pergi ke tempat dia menyimpan duit tersebut sambil diperhatikan oleh suaminya dan dan membukanya dengan BISMILLAH... Ketika itu, ALLLAH SWT telah menghantar Malaikat Jibrail as untuk mengembalikan wang tersebut disitu dan alangkah terperanjatnya suami apabila didapati duit tersebut berada disitu, suami yang rasa bersalah dengan perbuatannya, bertaubat ketika itu juga dan mengerjakan segala perintah ALLAH SWT...


Sunday, June 13, 2010

10 GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT

1. BERASA WAS2 KETIKA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM.

Saat membaca takbiratul ihram 'ALLAHU AKBAR', seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau pun tidak dan sehinggalah dia mengulanginya sekali lagi dan perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, 'termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dalam bersuci (wuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat'.

2. TIDAK MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT.

Sahabat Rasulullah SAW, Uthman bin Abil'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, 'wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah, Rasulullah menjawab 'itulah syaitan yang disebut dengan khinzib, apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah 3 kali ke kiri dan berlindunglah kepada ALLAH SWT, aku pun melakukan hal itu dan ALLAH SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku' (Hadis Riwayat Muslim).

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG DIKERJAKAN.

Abu Hurairah r.a berkata, 'Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sehingga mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan, apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah sujud 2 kali (sujud sahwi) saat dia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN TUMPUAN.

Abu Hurairah berkata, 'Rasulullah bersabda yang bermaksud, 'Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan, apabila muazin selesai azan, ia akan kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari, apabila selesai iqamat, ia akan kembali lagi, ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata, 'ingatlah apa yang kamu tadi tidak ingat!' sehingga orang itu tadi tidak tahu berapa rakaat dia solat'. (Hadis Riwayat Bukhari).

5. TERGESA-GESA MENYELESAIKAN SOLAT.

Ibnu Qayyim berkata, 'sesungguhnya tergesa-gesa itu datang dari syaitan kerana tergesa-gesa itu adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu ditempatnya, tidak ada ketenangan atau thuma'ninah, pada zaman Rasulullah, ada orang solat dengan tergesa-gesa akhirnya Rasulullah memerintahkannya mengulanginya kerana solat yang dikerjakannya belum sah.

'Rasulullah bersabda kepadanya, 'apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah daripada Al-Quran yang mudah bagimu lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk lalu bangkitlah daripada rukuk sampailah kamu berdiri tegak'.

'Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud dan lakukanlah hali itu dalam setiap rakaat solatmu'. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. MELAKUKAN GERAKAN TIDAK PERLU.

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud, dia membolak balikkannya, melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat, 'jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu asalnya daripada syaitan, tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan oleh Rasulullah.. Orang itu bertanya, 'apa yang dilakukan olehnya?', kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud, 'demikianlah saya melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kata Ibnu Umar. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7. MELIHAT KE KIRI ATAU KE KANAN KETIKA SOLAT.

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda, kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud sehingga perhatian kita menjadi fokus.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah, beliau berkata, 'saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat, Rasulullah menjawab,'itu adalah curian syaitan dalam solat seorang hamba'. (Hadis Riwayat Bukhari).

8. MENGUAP DAN MENGANTUK.

Rasulullah bersabda, 'menguap ketika solat itu syaitan, kerana itu apabila kamu ingin menguap, tahanlah'. (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, 'ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahan) selagi boleh, apabila dia berkata HA... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. BERSIN BERULANG KALI KETIKA SOLAT.

Syaitan ingin mengganggu ketika solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, 'menguap dan bersin ketika dalam solat itu daripada syaitan'. (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, 'bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar itu tetap disenangi ALLAH'. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.

10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU AIR.

Rasulullah bersabda, 'apabila seseorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan diperutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau pun tidak, janganlah sesekali dia keluar dari masjid sampai dia yakin mendengar suara (keluar angin) atau mencium baunya'. (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka, semoga kita semua dibebaskan ALLAH SWT daripada gangguan berkenaan dan bagi yang merasakan keseluruhannya, jangan putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Petikan dari HARIAN METRO

Kelebihan SEDEKAH

Dari Abu Hurairah r.a, Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : 'Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.' (H/R. Bukhari).

'Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.' (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah SWT berfirman, 'Perumpamaan orang-orang yang menayedekahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. " .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak, di antaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur & angkuh dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.

LIMA DI DUNIA;

  • 1. Mencucikan hartanya
  • 2. Mencucikan badannya
  • 3. Menolak daripada penyakit
  • 4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • 5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

LIMA DI AKHIRAT;

  • 1. Dinaungkan Allah SWT orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
  • 2. Ringan hisabnya
  • 3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
  • 4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
  • 5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Sebelum Tidur...

Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )



Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara :

  • 1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  • 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  • 3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  • 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....



"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
3X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad

( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )…

Kelebihan Surah2 AL-QURAN

Dalam Quran ada 114 surah, setiap surah mempunyai takwil tertentu dan di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

  • Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

  • Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

  • Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

  • An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

  • Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

  • Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

  • Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

  • Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

  • At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

  • Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

  • Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

  • Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

  • Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

  • Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

  • An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

  • Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

  • Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

  • Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.

  • Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

  • Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

  • Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

  • Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

  • An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

  • An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

  • As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

  • An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

  • Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

  • Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

  • Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

  • Luqman: Diberikan hikmah.

  • As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

  • Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

  • Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

  • Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

  • Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

  • As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

  • Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

  • Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

  • Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

  • Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

  • Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

  • Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

  • Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

  • Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

  • Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

  • Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

  • Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

  • Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

  • Qaf: Dimurahkan rezekinya.

  • Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

  • Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

  • An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

  • Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

  • Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

  • Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

  • Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

  • Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

  • Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

  • Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
  • As-Saff: Ingin mati syahid.

  • Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

  • Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

  • At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

  • At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

  • Al-Mulk: Besar kerajaannya.

  • Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

  • Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

  • Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

  • Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

  • Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

  • Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

  • Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

  • Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

  • Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

  • Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

  • 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

  • An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

  • 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

  • Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

  • Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

  • Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

  • Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

  • Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

  • At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

  • Al-A'la: Mudah segala urusannya.

  • Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

  • Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

  • Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

  • As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

  • Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

  • Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

  • Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

  • Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

  • Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

  • Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

  • Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

  • Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

  • At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

  • Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

  • Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

  • Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

  • Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

  • Al-Ma'un: Berjaya mengalahkan orang-orang yang menentangnya.

  • Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

  • Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

  • An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah SAW akan dekatnya ajalnya.

  • Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.

  • Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surah ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

  • Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

  • Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Hikmah AL-KURSI

Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah yang mana tugasnya untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri dirumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah dan sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya kerana disaat itu, syaitan akan lari bersama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut hadis2 ;

  • Barang siapa membaca Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, ALLAH SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.

  • Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada di dalam lindungan ALLAH SWT sehingga sembahyang yang berikutnya.

  • Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir setiap sembahyangnya, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, ALLAH SWT akan memelihara rumahnya dan rumah2 disekitarnya.

  • Barang siapa membaca Al-Kursi di akhir solat fardhu, ALLAH SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta ALLAH SWT melimpahkan rahmatNYA kepadanya.

  • Barang siapa membaca Al-Kursi sebelum hendak keluar rumahnya, maka ALLAH SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya dan mereka semua memohon keampunan dan mendoakannya.

  • Barang siapa yang membaca Al-Kursi di akhir sembahyangnya, ALLAH SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga mati syahid.

  • Barang siapa yang membaca Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya ALLAH SWT berkenan memberi pertolonganNYA kepadanya.