Tuesday, September 15, 2009

Bersedekahlah...

Dari Abu Hurairah r.a, Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya." (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik." (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah SWT berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. " .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak, di antaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyapkan perasaan takbur & angkuh dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 kepujian - lima di dunia dan lima di akhirat.

LIMA DI DUNIA:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

LIMA DI AKHIRAT:
1. Dinaungkan Allah SWT orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga


Saturday, September 12, 2009

Fadhilat SOLAT 2...

Hadis 9

Abu Hurairah menceritakan,"Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah SAW dan memeluk agama Islam serentak. Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahawa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu. Ini menakjubkannya. Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah SAW. Bagaimanapun Rasulullah SAW bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"

Sesungguhnya kita tidak tahu berapa besar nilainya solat itu. Rasulullah SAW kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat. Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.

Hadis 10

Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas supaya menyeru: "Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan utk membakari dirimu." Manusiapun bangun, berwudhuk dan sembahyang Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun. Demikianlah diulangi pada waktu Asar, Maghrib dan Isyak. Selepas Isyak oarng tidur,tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."

Salman r.a berkata: Selepas Isyak, manusia adalah dibahagikan kepada tiga golongan. Ada setengahnya, malam hari itu padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan. Mereka itu menghabiskan malamnya dengan menyembah ALLAH SWT sementara orang lain nyenyak tidur; pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari Tuhan mereka. Pada yang lain-lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai macam maksiat pada malam hari. Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.

Golongan yang ketiga pula ialah selepas sahaja Isyak terus tidur. Mereka untung tidak,rugipun tidak.

Hadis 11

Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH berfirman,'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKU barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."

Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadis lagi bahawa ALLAH SWT telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dansembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH SWT menjamin iaitu dia akan memasuki syurga. Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya;dia mungkin diampun atau tidak.

Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH SWT memasuki syurgaNya. Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya. Di sini ALLAH SWT memberikan jaminanNYA utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun. Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.

Hadis 12

Ibn Salman berkata bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah SAW menceritakan: "Apabila kami telah menang peperangan Khaibar, kami mulai membeli dan menjual antara kami harta-harta rampasan yang jatuh ke tangan kami. Salah seorang dari kami telah pergi menemui Rasulullah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah;Tidak ada seorangpun yang mendapat keuntungan seperti yang hamba perolehi dalam perniagaan hari ini." Rasulullah SAW bertanya: "Berapa banyakkah yang telah anda dapati?" Jawabnya,"hamba terus menjual dan membeli sehingga hamba perolehi keuntungan bersih tiga ratus oqiyyah perak." Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah, saya memberitahukan anda sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Sahutnya "Beritahulah pada hamba,Ya Rasulullah!" Rasulullah SAW bersabda: "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardhu."

Menurut Rasulullah SAW, keuntungan di dunia yang fana ini tiada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat. Hidup kita akan senang kalau kita suburkan iman kita sehingga solat nafil dua rakaat, pada pandangan kita adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Solat adalah sesungguhnya perbendaharaan yang kaya dan itulah sebabnya Rasulullah SAW telah mengibaratkannya sebagai 'pengipur mataku' serta memerintahkan agar solat itu ditunaikan hingga ke akhir hayatnya. Ummu Salmah r.a memberitahu bahawa kalam yang akhir Rasulullah SAW yang hampir-hampir beliau tidak dapat tuturkan ialah memberati solat dan berlaku baik terhadap hamba sahaya. Ada juga sebuah hadis yang semakna dengannya yang diberitakan oleh Saidina Ali r.a.

Hadis 13

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan bahawa satu malam beliau ke masjid. Beliau mendapati Rasulullah SAW sedang berdiri dalam solat. Beliaupun ingin menyertainya. Lalu beliau berniat dan berdiri di belakang Rasulullah SAW Pada masa itu Rasulullah SAW sedang membaca surah Al Baqarah. Beliau fikir bahawa pada akhir ayat yang ke seratus Rasulullah SAW akan berhenti membaca dan akan ruku',tetapi Rasulullah SAW tidak berbuat demikian. Beliau lantas berfikir barangkali Rasulullah s.a.w akan ruku' setelah selesai membaca ayat yg kedua ratus;di sinipun Rasulullah tidak berhenti. Beliau kemudian yakin bahawa Rasulullah s.a.w akan selesai berdiri dengan akhirnya surah itu. Apabila tamat surah itu Rasulullah SAW memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' beberapa kali lantas mula membaca surah Ali Imran. Apabila tamat surah itu Baginda sekali lagi memuji ALLAH SWT dengan 'Allahumma lakal hamdu' tiga kali lantas mulai membaca surah AL Maidah. Rasulullah SAW turun ruku'nya hanya selepas selesai surah ini Dalam ruku' dan sujud Rasulullah SAW membaca tasbih dan beberapa doa lain yang tidak dapat beliau faham.

Pada rakaat yang kedua Rasulullah SAW mulai dengan surah Al An'am selepas Al Fatihah. Beliau tak dapat meneruskan solatnya lagi dengan Rasulullah SAW lalu beliau keluar dari solatnya itu dengan perasaan malas. Apa yang Rasulullah telah baca dalam satu rakaat adalah kira-kira seperenam daripada Al Quran.Lagi pula Rasulullah SAW mesti baca Al Quran itu dengan tajwid yang sempurna. Kita faham betapa lamanya satu-satu rakaat itu. Adalah kerana ini maka kaki Rasulullah SAW selalu didapati bengkak tetapi tidaklah seseorang itu merasa payah dan susah mengerjakan solat kalau hatinya telah dipenuhi dengan kemanisan solat itu.

Hadis 14

Sekali peristiwa sedang Rasulullah SAW duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Baginda bersabda: "Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai; wangi-wangian; wanita dan solat - 'penyejuk mataku'. Sahut Abu Bakar r.a. "Benar! Dan daku menghargai tiga benda - melihat wajahmu,membelanjakan harta kekayaanku atasmu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya Rasulullah." Sahut Umar r.a " Benar! dan tiga perkara yang paling aku cintai ialah - menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung." Sahut Osman r.a "Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran." Sahut Ali r.a " Benar! Dan daku paling cinta tiga perkara ini- melayani tetamu, berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala musuh dengan pedangku."

Pada ketika itu Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah SAW "ALLAH SWT telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia." Sahut Rasulullah SAW "Khabarkanlah kepada kami ya Jibrail." Kata Jibrail a.s " Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara- memimpin orang yang sesat; mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa; dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi ALLAH SWT, DIA mencintai tiga perkara dari para hambaNya- Yang berjuang pada jalanNya; yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga."

Hadis 15

Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian, menyihatkan kesihatan badan, menghilangkan penyakit, meneguhkan hati, memberi cahaya dan kecantikan pada wajah, menggembirakan ruhani, menyegarkan tubuh badan dari rasa malas, melegakan fikiran, memberi makanan ruhani, mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH SWT Ia menjadi pelindung pada hari Qiamat. Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH SWT. Pendek kata, solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Thursday, September 03, 2009

Fadhilat SOLAT

Hadis 1

Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,’Islam tertegak atas lima rukun’ ;

1. Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya

2.Mendirikan solat.

3. Membayarkan zakat.

4. Mengerjakan haji.

5. Berpuasa pada bulan Ramadhan."

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang. TIANG TENGAHNYA IALAH KALIMAH SYAHADAH. Empat tiang itu lagi ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Hadis 2

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda SAW bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal, begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa2 kecil saja yg terampun dengan solat. DOSA2 BESAR TIDAKLAH TERAMPUN TANPA BERTAUBAT.

Oleh itu, patutlah kita,disamping bersolat, jangan lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga ALLAH SWT dengan limpah rahmatNya, mengampunkan juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH SWT.

Hadis 3

Abu Usman r.a bekata, "Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudian kata beliau padaku,"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkanlah padaku." Kata beliau, "Beginilah Rasulullah SAW melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda SAW bersabda, "Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?" Sahutku, "Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini. "Sabda Baginda, "Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali pada sehari maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Lantas Baginda membaca ayat-ayat Quran yg bermaksud "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yg baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa) ;itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11:114)

Hadis 4

Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW sekali bertanya pada sahabatnya, "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya? "Jawab para sahabat, "Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w, "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari. Dengan limpah rahmat ALLAH SWT, ia menghapuskan segala dosa.

Hadis 5

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih, tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia. Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia. Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.

Ada banyak hadis yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Hadis 6

Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah SAW tersua dengan sesuatu kesulitan lantas Baginda SAW bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH SWT bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH SWT dan apabila rahmat ALLAH SWT itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah SAW seperti ini. Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.

Kata Abu Darda r.a ,"Apabila angin kencang meniup Rasulullah SAW segera masuk ke masjid dan Baginda SAW tidak akan keluar sehingga angin itu reda. Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan, Baginda SAW akan bersolat."

Hadis 7

Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solat dua rakaat maka akan ku pilih solat; sebabnya adalah jelas. Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH SWT

Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran; harta kekayaannya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya; menyembah Tuhannya dengan penuh khusyuk'; hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."

Dalam hadis lain Rasulullah saw diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH SWT."

Hadis 8

Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan, "Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat. Jawabnya,"Demi ALLAH! Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah SAW berkali-kali."

Ramai para sahabat Rasulullah SAW telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya. Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapat pun menyaksikan dosa-dosa itu gugur.

Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk, dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.

Dari satu riwayat daripada Osman r.a, Rasulullah SAW adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.

Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini. Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH SWT membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya, yg istimewa. Melanggari perintah-perintah ALLAH SWT adalah satu-satunya perangai terkeji kerana ALLAH SWT itu Maha Pengasih, Penyayang lagi Pengampun.

Saturday, August 22, 2009

Tabiat Ke Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk
bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan
khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka
berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi
memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberi
salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.
Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,
perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur
I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud
tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham isteri.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
kebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia
dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita
ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan
ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari
sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum
wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-
anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah
juga termasuk:

1. Tuturkata / percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
menyakitkan hati. Inilah
rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama, tidak pernah
menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga
menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu
kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT
berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda, "Kamu senyum
sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab
yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan
bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk
yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap
kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW"

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara iaitu

SEDEKAH JARIAHNYA,
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
DAN
ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Hikmah Solat Sunat Tarawikh...

Solat Sunat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak dan solat sunat ini juga disebut dengan Qiyam Ramadhan iaitu ibadah yang menghidupkan malam Ramadhan.


DALIL


Islam menggalakkan umatnya melakukan solat Tarawikh pada malam bulan Ramadhan bagi menghidupkan malam tersebut dengan melakukan ibadah yang berfaedah.


Aisyah ra berkata : Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat Tarawikh di masjid kemudian ramai sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya, Baginda SAW mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah SAW tetapi Baginda tidak hadir. Esok paginya Rasulullah SAW berkata kepada mereka ‘SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT KESUNGGUHAN KAMU. SEBENARNYA AKU TIDAK DATANG PADA MALAM ITU HANYA KERANA TAKUT SOLAT ITU DIWAJIBKAN KEATAS KAMU’. Peristiwa itu berlaku di bulan Ramadhan.


Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : BARANG SIAPA YANG MENDIRIKAN SOLAT (TARAWIKH) PADA MALAM BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEIKHLASAN MAKAN ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSANYA YANG TELAH LALU’. Riwayat Muslim.


CARA SOLAT SUNAT TARAWIKH

Solat Sunat Tarawikh dilakukan selepas solat fardhu Isyak sehinggalah lewat malam sebelum terbitnya fajar siddiq iaitu waktu subuh dan boleh dilakukan secara sendirian atau berjemaah dan digalakkan berjemaah, imam menyaringkan suara dalam bacaan Al-Fatihah juga ayat Al-Quran selepasnya dan dilakukan sebanyak dua rakaat dan salam.


Lafaz niat Solat Sunat Tarawikh : Sahaja aku solat sunat Tarawikh dua rakaat kerana Allah Taala.


Di Malaysia, ada sesetengah tempat melaksanakan sebanyak 8 rakaat dan ada juga yang melaksanakan sebanyak 20 rakaat mengikut kemampuan masing-masing.


Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW , solat sunat Tarawikh dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Rasulullah SAW juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahu sahabat berfikiran bahawa solat ini wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana berpendapat bahawa orang Islam pada zamannya, tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.


HIKMAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT TARAWIKH.

  1. Pengabdian diri kepada ALLAH SWT dengan menambahkan ibadah sunat di dalam bulan Ramadhan.
  2. Menunjukkan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang dikurniakanNYA.
  3. Menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan Solat Sunat Tarawikh pada malamnya.
  4. Mengharapkan keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa yang telah dilakukan.
  5. Melahirkan syiar Islam dalam melaksanakan Solat Sunat Tarawikh secara berjemaah.

Saturday, August 15, 2009

Kelebihan Surah2 Al-Quran.

Dalam Quran ada 114 surah, setiap surah mempunyai takwil tertentu dan di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.

Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

Luqman: Diberikan hikmah.

As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

Qaf: Dimurahkan rezekinya.

Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

As-Saff: Ingin mati syahid.

Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

Al-Mulk: Besar kerajaannya.

Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

Al-A'la: Mudah segala urusannya.

Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.

Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Monday, August 10, 2009

Sebelum Tidur...

Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara :
1. Sebelum khatam Al
Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
3X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad

( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )…

Jasad Tidak Reput...

SEPULUH ORANG YANG JASADNYA TIDAK BUSUK & REPUT SEHINGGA KE HARI KIAMAT KELAK.

Disebutkan di dalam satu riwayat bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing2 selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan tidak minum, tidak makan, tidak duduk dan tidak bercakap…

Bertanya orang kepada Rasulullah SAW : Bagaimana kita dapat mengenali orang2 mukmin di hari kiamat kelak?

Maka jawab Rasulullah SAW : Umatku dikenali dengan WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’. Bila kiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud, bekas sujud tidak akan dihilangkan.

Maka memanggillah dari ZAT yang memanggil : Bukankah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu KEIMANAN mereka dan oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian SIRATUL MUSTAQIM dan memasuki ALAM SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayanKU dan hamba2KU…

Disebutkan oleh Hadith Rasulullah SAW bahawa 10 orang yang jasadnya tidak reput, tidak busuk dan akan bangkit kelak dalam tubuh asal diwaktu mati ;
1. Para Nabi.
2. Para Ahli Jihad.
3. Para Alim Ulama.
4. Para Syuhada.
5. Para Penghafal Al-Quran.
6. Imam & Pemimpin yang ADIL.
7. Tukang Azan.
8. Wanita yang meninggal dunia melahirkan zuriat.
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya.
10. Orang yang meninggal dunia di siang hari atau malam Jumaat, jika mereka itu dari kalangan orang2 yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari Kiamat dan orang2 yang berada di dalam kubur akan dibangkitkan maka ALLAH SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya AKU telah mengeluarkan hamba2 KU berpuasa (AHLI PUASA) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga, maka ambillah dan berikan kepada mereka segala makanan yang digoreng dan buah2an SYURGA.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan2 dan semua anak2 yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari NUR dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buah2an dan minuman yang lazat dari SYURGA dengan sangat banyak melebihi daun2 kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin, maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH SWT didalam surah Al-Haqqah bermaksud ; Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu…

Thursday, August 06, 2009

Luasnya Neraka!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Lindungilah dan peliharalah kami, kedua ibubapa kami, isteri dan anak2 kami, kaum keluarga & semua saudara Islam dari azab seksa api nerakaMU, YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMU namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMU, YA ALLAH.

Ampunnilah dosa2 kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan rahmatMU, YA ALLAH…amin…


LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra berkata : Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi SAW : mengapa aku melihat kau berubah muka?

Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat ALLAH menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar, seksa kubur itu benar dan seksa ALLAH SWT itu terbesar untuk bersuka suka sebelum ia merasa aman dari padanya…

Nabi SAW bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam…

Jawabnya : Ya, ketika ALLAH menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah kemudian dilanjutkan selama seribu tahun sehingga putih kemudian seribu tahun sehingga hitam maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya… Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum, nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semua kerana panasnya…

Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bisanya…

Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh…

Demi ALLAH yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang2 yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya, besi dan minumannya, air panas campur nanah dan pakaiannya, potongan2 api…

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap2 pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki2 dan perempuan…

Nabi SAW bertanya : Apakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?

Jawabnya : Tidak, tetapi selalunya terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu, jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda (nota : iaitu yang lebih bawah, lebih panas)…

Tanya Nabi SAW : Siapakah penduduk masing2 pintu?

Jawab Jibrail : Pintu yang terbawah untuk orang2 munafik dan orang2 yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa as serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah,

Pintu ke 2, tempat orang2 musyikin bernama Jahim,

Pintu ke 3, tempat orang shobi’in bernama Saqar,

Pintu ke 4, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha,

Pintu ke 5, orang Yahudi bernama Huthomah,

Pintu ke 6, tempat orang nasara bernama Sa’eir,

Kemudian Jibrail diam segan sehingga ditanya Nabi SAW : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke 7?

Jawabnya : Di dalamnya orang2 yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat…

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudahnya sedar, Nabi SAW bersabda : Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?

Jawabnya : Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu…

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, selalu menangis dan minta kepada ALLAH…


Dari hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU…


Tahukah kamu bahawa Neraka JahanamKU itu;

1. mempunyai 7 tingkat,

2. setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah,

3. setiap daerah mempunyai 70,000 kampung,

4. setiap kampong mempunyai 70,000 rumah,

5. setiap rumah mempunyai 70,000 bilik,

6. setiap bilik mempunyai 70,000 kotak,

7. setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum,

8. dibawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular,

9. di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat,

10. juga di bawah pokok Zarqum mempunyai 70,000 rantai,

11. setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat…


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…Wallahua’lam…


Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 159 : Sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan2 dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh ALLAH SWT dan dilaknat sekalian makhluk…


Dari Abdullah bin ‘Amr ra : Rasulullah SAW bersabda : Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Wednesday, August 05, 2009

Hikmah AL- KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu' ...... Subhanallah.