Thursday, December 29, 2011

Islamkah Kita?

Apakah tujuan kita di dunia ini? Kita adalah makhluk ALLAH SWT yang diciptakan untuk beribadah dan menyembahNYA dan tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan redhaNYA dan syurgaNYA...

Namun perlu ingat bahawa semua amalan akan ditolak melainkan kita ISLAM! Apakah petanda yang menunjukkan islamnya kita? Adakah dengan mengucap dua kalimah syahadah? solat kita?

Islam bermaksud, penyerahan diri kepada ALLAH SWT dan dalam erti kata lain, kita dengan yakin tunduk dan mengakui hanya ALLAH SWT yang berkuasa ke atas segalanya dan hanya kepada DIA, kita berserah diri tetapi adakah benar kita menyerahkan diri kepada ALLAH SWT sedangkan segala laranganNYA dan suruhanNYA, kita tinggalkan? Islamkah kita apabila kita menolak isi Al-Quran & hadis? Kemudian kita terima budaya kafir yang diantaranya, cara berpakaian dan undang2 yang tidak selari dengan tuntutan syariat dan apabila kita sebagai orang2 Islam hanya memerhatikan sahaja saudara2 Islam kita yang lain, dimalukan dan dihancurkan oleh kaum kafir!

Lihatlah, betapa lemahnya umat Islam sekarang gara2 hilangnya semangat dan rasa bangga sebagai seorang Islam!

Saidina Umar pernah berkata, 'Islam datang untuk memuliakan & mengangkat martabat kita, lalu adakah kita malu untuk bangga & merasa mulia dengan Islam yang ada pada kita?'...

Islam bukanlah hanya satu prinsip kepercayaan tetapi sebaliknya, ia adalah satu cara hidup yang wajib diamalkan kerana Islam datang di dalam keadaan yang serba lengkap cuma kita sahaja yang memandang Islam itu kurang kerana terpengaruh dengan budaya kafir...

Apakah kita mahu ke neraka bersama sama dengan orang2 kafir dan ingkar? Pastinya tidak, maka marilah kita bersama sama bangkitkan semula semangat Islam sebagaimana Rasulullah dan para sahabat agar Islam tersebar serta dihormati seluruh umat manusia di muka bumi ini...

No comments: